kain putih yang bersih menutupi seluruh jasad ku
menunggu masa untuk dikebumikan
saat bepergian
tangisan bertalu-talu
memecahkan kesunyian..
dahulunya bergembira
tibanya saat duka..
yang tinggal hanya
harta dan keluarga
ketika ku dilahirkan
mereka menangis kesedihan..
setiap yang hidup pasti mati..
menunggu masa sahaja
untuk menyahut
seruan ilahi..
ruh bersemadi..
di alam barzakh..
menunggu masa untuk dihisab
segala amalan..
perjalanan yang dahulunya terasa pendek
menjadi panjang saat kebangkitan..
seluruh umat manusia menggigil ketakutan
bila teringat kembali perbuatan jahil mereka
ketika didunia..
tidak dapat diputarkan masa
walaupun hanya seketika..
ketakutan terpampang di muka mereka..
tiada lagi ceria..
azab di depan mata..
alangkah dasyatnya perhitungan
yang telah allah janjikan..
manusia bertepiaran..
berlari-larian..
perintah tuhan diabaikan..
iblis menjadi ikutan..
barusedar dari angan-angan..
memasuki alam kenyataan..
tercatit sudah segala amalan..
di atas pangkal lengan..
untuk menjadi penyaksian..
bagi semua amalan..
No comments:
Post a Comment