hatiku tak tenang melihat keadaan dunia,
yang semakin hari semakin dimumut usia,
yang dilitupi pelbagai masalah dan bencana
tanam-tanaman dihancurkan demi kepentingan ekonomi sejagat,
berdirinya ia dengan bangunan tinggi mencakar langit yg serba moden,
bersifat jahiliyyah moden itu anjakan paradigma manusia kini,
mereka hidup memikirkan kepentingan diri sendiri,
tanpa memikirkan risiko disebaliknya
ketenangan dan keharmonian telah telah dirobek oleh sifat tamak haloba,
manusia semakin rakus,
tidak kah mereka mempelalajri sejarah dahulu dan mengambil ikhtibar darinya?
terbenamnya qarun bersama harta2nya...
tenggelamnya firaun bersama kuasa2nya..
sedarlah dan bangkitlah dari tidurmu wahai umat muhammad,
usia dunia ini telah dikiaskan dgn seorg prmpn tua,
yang sedang dimamah usia,
berbongkok tiga,
mukanya hampir tersembam ke tanah,
menanti masa untuk kiamat
tidakkah kamu semua berasa takut wahai umat muhammad?
dunia ini telah dikaburi dengan syurga dunia,
maksiat itu serupa syurga,
yang hak itu serupa neraka pada pandangan mereka
aku berdoa kepadamu ya allah,
supaya ditetapkan imanku ya allah,
kuatkan lah kepercayaan ku terhadapmu ya allah,
yaitu islam yang berteraskan quran dan sunnah,
tebalkan lah kesabaran ku ya allah,
yang semakin hari semakin nipis di badai arusan bayu jahat
hambamu ini telah dicemari oleh kotoran dunia,
bersihkan lah aku dengan rahmatmu ya allah,
berikanlah aku ketengan yang abadi ya allah,
supaya aku berasa aman dan tenteram dibawah naungan mu
jauhkan lah aku darifitnah dunia,
yang membawaku kepada lurah neraka,
tanpa taufiq dan hidyahmu,
hambamu yang hina dina ininakan hanyut dengan lautan maksiat,
yang membawa kepada kekufuran iman,
hidup didunia ini hanyalah untuk sementara,
diakhirat jua yang berkekalan
aku dilahirkan ke dunia,
lupalah segala janji ku padanya,
disebabkan bisikan syaitan dan taikan dunia,
secara perlahan ke sedar semula dari tidurku yang lena,
dengan dendongan iblis laknatullah,
diberi ni'mat melalaikan nafsu dan jiwa,
manusia melanggar fitrahnya sendiri,
disebaban keinginan melampau oleh nafsu,
tanpa menggunakan akal fikiran mereka,
malah menggunakan alat pemikiran untuk melampiaskan isi hati nafsu mereka
wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan mu dengan penuh keredhaan dan seredha2nya,
masuklah kedalam kekuasaanya,
dan masuklah syurga dengan amannya..
No comments:
Post a Comment