Monday, November 26, 2007

cinta yang telah dinodai

setiap detik berlalu
tanpa memikirkan mu
membuatkan ku resah selalu
yang ada hanya bekas ingatan malap
kegelapan yang nyata
memori indah bersama mu
hancur dibunuh prasangka
kenyataan ini berputik
bagaikan mimpi
dahulu engkau ku puja
sekarang engkau ku hina..
kemana perginya hati ini?
telah engkau curi,
pulangkan lah ia kepada ku semula
setelah engkau khianati kasih ini..
madah yang tersusun rapi
bertaburan seperti lautan bah
yang meninggalkan segala buih di lautan..
cinta kini tiada maknanya di pandangan ku..
yang tinggal hanya sejarah silam
yang mengkaburi laluan hidup ku..
kenapa perlu engkau hadir
di setiap penjuru penglihatan ku
bila ku tidak memerlukan mu lagi?
masih berbekas lagi kah
perasaan sayaag ku pada mu?
tidak!
hati ku telah dilumuri
dengan sifat kebencian
yang tidak terhingga..
walaupun dipujuk rayu sekalipun
percayalah..
engkau tidak kan ku ambil kembali

Wednesday, November 21, 2007

rahsia hati

gemersik nada
alunan suara
menyentuh perasaan
di hati ini
memecahkan rasa sunyi
dini hari
kala kesunyian
sebuah wajah
menyeri sebuah kehidupan
meruntuhkan segala keegoan
melembutkan jiwa yang keras
kerana itu rahsia hati

jika benar cinta itu suci
bersihkan lah dirikun dari kekotoran
jika benar cinta itu sakti
hadirkan lah dia
dihadapan mata ku
setiap kali ku ucap namanya
kerana itu rahsia hati

penantian itu satu penyeksaan
nikmatnya terasa di penghujungnya
bak madu terasa manis
hati menjadi tenang
fikiran menjadi cerah
dari kekusutan
kerana itu rahsia hati

sepasang hati
pabila bertemu
menerbitkan kasih
dengan penuh keasyikkan
seolah-olah berada di alam mimpi
yang penuh dengan fantasi dan rekaan
kerana itu rahsia hati

cinta ibarat permata
yang berkilauan
perlu digilap
dengan sentuhan perasaan
yang hadir hanya suci
jauh dari sifat kenodaan
tersirat segala rahsia
yang tersemat di dada
kerana itu rahsia hati

Monday, November 19, 2007

bidadari hatiku

malam yang gelap gelita
disinari bulan mengambang
meninggalkan bintang
berkelipan di angkasa

ku terjaga dalam lenaku
tatkala itu kelibat seseorang menjelma dalam jagaku
berbaju putih tersergam indah
dengan tenunan sutera
dihiasi manik-manik indah
memancar..
berkilau..
berjalan menghala dan melambai ke arah ku
menyeru sebuah nama berkali-kali

wangian tubuhmu
mengkhayalkan mindaku
melumpuhkan sendi-sendi ku
aku terperangkap dalam sebuah dunia
yang ku fikirkan hanyalah sebuah lagenda
tidak diketahui kebenaran dan hakikatnya
maka tersingkaplah kisah diantara kita berdua
sebuah kisah telah bermula..

engkaulah bidadari
yang senantiasa menemani
disegenap kamar hati
melarikan ku dari realiti
menemukanmu disini

aku berjalan
memandang sebuah wajah
yang tidak dapat ku kaitkan dengan kata-kata
ku pegang erat tanganmu
agar dapat bersamamu selalu
berjalan diatas pelangi
merentasi aras langit
memerhati panorama bumi
dalam setiap detik dan saat
dirimu ku dakap
memberikan kehangatan
indahnya tidak terkata
dibuai rindu dan sayang

engkau berlalu pergi
meninggalkan ku sendiri
melarikan hati ku ini
engkau permata cinta
panahan cahayanya menyentak jiwa
engkau teramat sempurna
sebagai bidadari syurga..

Sunday, November 18, 2007

aku manusia cybot

besi-besi titanium membaluti separuh tubuh ku
membuatkan ku manusia perkasa
mwnjaga tubuh ku daripada bencana
ledakan bom dan juga nukleur
senjata api dipasang penuh
untuk kegunaan di medan peperangan
kepantasan ku melebihi kelajuan rimau bintang
kekuatan ku tidak dapat ditandingi seribu manusia biasa
aku hidup bukan untuk membunuh
tapi..
untuk menjaga kehormanian nnegara
daripada diperdaya kuasa barat yang durjana

aku korban kan diri dan nyawa ku
demi maruah sebuah negara
yang asalnya sebuah negara terjajah
tapi merdeka akhirnya
hasil saintis islam sedunia
yang menerokai teknologi sains manusia
yang tidak dapat ditandingi oleh mereka
demi membela sebuah maruah

semboyan peperangan telah berbunyi
menandakan telah tibanya satu kecelakaan
dunia ini hampir kepada kebinasaan
bumi menjadi gelap
diterangi hanya oleh sentuhan iman

para-para sufi menggenggam tasbih
lafaz kalimah allah dilaungkan
mulut tidak henti melafazkan kalimah suci
untuk mengembalikan semula damai yang hilang
jiwa tidak gentar
walaupun ditembusi oleh peluru
dibakar hidup tidak mencairkan iman dikalbu
hanya allah lah yang bersama ku selalu

kota mekkah dijadikan bentengan
tidak dapat di takluki oleh pemayar api
ataupun oleh senjata pemusnah raya
gelombang maknet berada di tengah-tengah bumi
hanya dimiliki oleh kota suci ini
terpantul balik kepada siapa yang memberi
kota yang dijaga olehnya
memiliki segala keunikan
dahulunya tandus
menjadi wadi oleh hentakan kaki nabi ismail
dahulunya kering
dipenuhi dengan mata air zam-zam kini
dahulunya kosong tiada penghuninya
dipenuhi oleh manusia pelbagai bangsa
dari segnap lapisan dunia
mengelilingi ka'abah qiblat kita

One In A Million Lyrics

You’re on in a million

Oh

Now

You’re one in a million

Oh



Sometimes I can’t hate you every day

Sometimes you can fall for everyone you see

Only one can really make me stay

A sign from the sky

Said to me



[Chorus]

You’re one in a million

You’re once in a lifetime

You made me discover all the stars above us

You’re one in a million

You’re once in a lifetime

You made me discover all the stars above us



I’ve been looking for that special one

And I’ve been searching for someone to hear my hear my love

And when I thought that all the hope was gone

You smile, there you were and I was gone



I always will remember how I felt that day

A feeling indescribable to me

Yeah

I always knew there was an answer for my prayer

And you, you’re the one for me



[Chorus x 2]



I was cool and everything was possible

You tried to catch me but it wasn’t possible

Nobody could hurt me it was my game

Until I met you baby and went insane

And when you didn’t want me, I wanted you

Because the finer thing bout it was I like to go

I like it when its difficult I like it when its not

You know it’s worth it if ya find your heart



[Chorus x 2]



You’re one in a million

Oh

You’re one in a million

bagaikan??

engkau bagaikan puteri,
yang menyinari hidup ku,
kala keseorangan,
bak mentari yang menyinari bumi,
dari kegelapan,
sunyi sepi hidup ku,
jika engkau tiada dari pandangan,
laluan hidup ku yang sempit,
menjadi luas oleh kehadiran mu..

engkau bagaikan puteri,
yang memiliki sifat idaman,
yang di impikan oleh setiap lelaki..

wajah mu berseri-seri,
tidak dapat ku bayangi,
betapa anggunnya diri,
yang sukar untuk ku miliki,
walaupun terpaksa membunuh diri,
dikhianati seribu janji,
engkau tetap puteri,
yang tersangkar dihati..

Wednesday, November 14, 2007

bumi palestin

bumi tempat kelahiran para anbiya
telah menjadi rebutan 3 agama
setiap mereka bertelingkah
menegakkan kalimah
ku berpaling ke jendela
mati semuanya
dibunuh tentera amerika
celakalah mereka
ramai yang berpaling tadah
pabila melihat harta
di depan mata mereka
keluarga di aniaya
huru-hara jadinya

dunia

hatiku tak tenang melihat keadaan dunia,
yang semakin hari semakin dimumut usia,
yang dilitupi pelbagai masalah dan bencana

tanam-tanaman dihancurkan demi kepentingan ekonomi sejagat,
berdirinya ia dengan bangunan tinggi mencakar langit yg serba moden,
bersifat jahiliyyah moden itu anjakan paradigma manusia kini,
mereka hidup memikirkan kepentingan diri sendiri,
tanpa memikirkan risiko disebaliknya

ketenangan dan keharmonian telah telah dirobek oleh sifat tamak haloba,
manusia semakin rakus,
tidak kah mereka mempelalajri sejarah dahulu dan mengambil ikhtibar darinya?

terbenamnya qarun bersama harta2nya...
tenggelamnya firaun bersama kuasa2nya..

sedarlah dan bangkitlah dari tidurmu wahai umat muhammad,
usia dunia ini telah dikiaskan dgn seorg prmpn tua,
yang sedang dimamah usia,
berbongkok tiga,
mukanya hampir tersembam ke tanah,
menanti masa untuk kiamat

tidakkah kamu semua berasa takut wahai umat muhammad?
dunia ini telah dikaburi dengan syurga dunia,
maksiat itu serupa syurga,
yang hak itu serupa neraka pada pandangan mereka

aku berdoa kepadamu ya allah,
supaya ditetapkan imanku ya allah,
kuatkan lah kepercayaan ku terhadapmu ya allah,
yaitu islam yang berteraskan quran dan sunnah,
tebalkan lah kesabaran ku ya allah,
yang semakin hari semakin nipis di badai arusan bayu jahat

hambamu ini telah dicemari oleh kotoran dunia,
bersihkan lah aku dengan rahmatmu ya allah,
berikanlah aku ketengan yang abadi ya allah,
supaya aku berasa aman dan tenteram dibawah naungan mu

jauhkan lah aku darifitnah dunia,
yang membawaku kepada lurah neraka,
tanpa taufiq dan hidyahmu,
hambamu yang hina dina ininakan hanyut dengan lautan maksiat,
yang membawa kepada kekufuran iman,
hidup didunia ini hanyalah untuk sementara,
diakhirat jua yang berkekalan

aku dilahirkan ke dunia,
lupalah segala janji ku padanya,
disebabkan bisikan syaitan dan taikan dunia,
secara perlahan ke sedar semula dari tidurku yang lena,
dengan dendongan iblis laknatullah,
diberi ni'mat melalaikan nafsu dan jiwa,

manusia melanggar fitrahnya sendiri,
disebaban keinginan melampau oleh nafsu,
tanpa menggunakan akal fikiran mereka,
malah menggunakan alat pemikiran untuk melampiaskan isi hati nafsu mereka

wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhan mu dengan penuh keredhaan dan seredha2nya,
masuklah kedalam kekuasaanya,
dan masuklah syurga dengan amannya..

apakah erti pengorbanan seorang sahabat

meluangkan masanya
mengorbankan hartanya utk sahabat
menjaga hak sahabat'menjauhkan benda yg tidak bermanfaat utk sahabat
menjaukan dari segala benda yg tidak baik yg boleh menyebabkan kepincangan silaturrahim
tahu akak isi hati sahabat
mengeratkan lagi ikatan persabahatn
mementingkan sabat selepas keluarga yg terdekat
sanggup mendengar akan rintihan sahabat, sanggup berkorban nyawa (perpindahan organ dan lain2) demi sahabat

yg dpt memberikan ketenangan jiwa dan raga
yg dpt mdekatkan diri kita kdp yg maha esa
yg tidak memecah belahkan ikatan pertalian persaudaraan sesama manusia, malah menyatu padukan nya..
yg mengajak kta kepada kebenaran berpaksikan alquran dan sunnah
yg bersopan santun dan berbudi bahasa (gurau2 boleh tp jgn melebih, kang pecah kepala haha)
yg hatinya tidak berasa iri terhadap kejaan sahabat2nya yg lain, malahan memberi sokongan kdp mereka
yg memberi pertolongan bila sahabatnya berada dalam keadaan terdesak

invest, spent n waste..

everybody has been given an equal amount of time,
24hrs a day,
168hrs a week,
720hrs a month and
8760hrs a year.

it is a matter on how you manage the time that allah has given it to u.

the 1 who succeed the most is the 1 who spent the precious time properly.

times keep running and never return.

invest, waste and spent is the most accurate word to descibe the concept of the TIME.

buat puteri..

indah nian bulan mengambang,
keliling pula bintang bercahaya,
wajah puteri bila ku pandang,
bagai melihat pintunya syurga.

care & cry

We make them cry who care for us.

We cry for those never care for us.

And we care for those who will never cry for us.

This is the truth of life,

its strange but true..

Once you realise this,

its never too late to change..

Allah ma'ana

Never a weakness,
HE cant fill..

Never a sickness,
HE doesn't heal..

Never a sorrow,
HE's not there..


Moment by a moment


You're under Allah's care

S>T>U>D>Y

Solat
Tawakkal
Usaha
Doa
Yaqin

teman yang baik..

teman yang baik ialah
apabila setitis air mata orang lain
menjadi satu luka yang parah di hatinya,
dan seukir senyuman orang lain
menjadi cahayadalam hidupnya,
kerna kadangkala
persahabatan menjadikan kehidupan kita senang,
bahagia dan menjadi insan yang berjaya..
oleh itu,
ku berharap
kau senantiasa sudi
menjadikanku sebagai teman
dan sahabatmu..

secebis..

secebis KASIH membuatkan kita SAYANG,
seucap JANJI membuatkan kitaPERCAYA,
sekecil LUKA membuatkan kita KECEWA,
tetapi UKHWAH selamanya BERMAKNA

ombak lautan

ombak lautan memukul pantai,
air tenang mencengkam jiwa,
pulau putih indah nan permai,
membuatkan hatiku tertawan kerananya

lautan luas terbentang

ku bersendirian di tepi pantai,
mengenangkan kebesaran dan kekuasaan yang maha Esa,
ibarat lautan luas terbentang,
yang tidak dapat dikuasai,
oleh kekuatan dan kepandaian manusia,
kapal-kapal bertaburan di lautan luas,
mencemarkan perairan,
meninggalkan segala bekas kotoran,
air laut biru bertukar hitam,
tumpahan minyak puncanya,
kehidupan marin mati semuanya,
terdampar di tepi pantai,
menjadi bangkai,
yang tiada manfaatnya,
sifat manusia yang durjana

di lautan tenang

kedengaran angin sepoi-sepoi bahasa,
memecahkan kesunyian malam,
lautan ombak mendesir,
menemani aku keseorangan,
kesejukan malam mencengkam diriku,
membuatkan ku mengigil sepanjang malam,
bintang dilangit bekerdipan,
bagaikan permata yang terpancar sinarnya,
membuatkan hati ku tertawan melihatnya,
pulau-pulau bertebaran,
menyejukkan mata saujana memandang,
bulan diangkasa peganti si mentari