Sunday, January 6, 2008

duka semalam

hancur lebur segala impian
meninggalkan segala usaha kegagalan
bunga mawar pemberian mu
dibasahi air mata penuh kesayuan
hati yang telah retak seribu
meninggalkan sisa-sisanya hanya untukmu
keindahan memori bersama pudar
meninggalkan segala bayangan kegelapan
jari-jemari tulus digenggam erat
menggamitseluruh perasaan ku
melahirkan rasa kesyahduan dihati
jertan sepi batinku bergema
hanya dikerongkongku
mulut terkunci rapat
bergenangan air mata laksana
air terjun yang membasahi bumi
menunggu masa untuk jatuh dari pipi ku
degupan jantung berterusan tanpa henti
darah pekat merah mengalir deras ditubuh ini
laksana halilintar membelah bumi..
hidup bagaikan putaran roda
adakalanya diatas
dan adakalanya dibawah
kesusahan yang datang menimpa
akan terasa manis bila diharungi
dengan kesabaran
kesenangan yang datang itu
perlu dibalas dengan kesyukuran
kepadanyalah harapan ku bertaut
tiada yang mampu memenuhi keperluan ku
melainkan Nya..
perjuangan hidup perlu diteruskan
walaupun nyawa ku menjadi taruhan
masih berbekas lagi keimanan didada
keinsafan terdetik bermula satu keyakinan
yakin kepada diri sendiri
mengharungi segala cobaan
bantuan allah pasti datang mencurah
berpihak kepada kebenaran pasti akan menang
itulah pintaan ku yang ku lahirkan
dari lubuk hati ini
yang kemerah-merahan..
semalam telah berlalu
yang tiggal hanya kenangan
esok bakal menjelma
menjadi harapan
bagi semua insan
di manakah letaknya cinta
mungkin sahaja ia mekar
pada suatu senja di alam ini
hanya tuhan sahajalah yang tahu..