Sunday, September 13, 2009

malam ramadhan

malam ini
takbir bergema
tanda tiba nya
bulan penuh baraqah
kanak-kanak berkeriangan
bersorak bergembira
tidak sabar untuk berpuasa
pada keesokan harinya
terasa kesyahduan dankeinsafan
bila merasai suasana ramadhan
ketenangan mencengkam jiwa
bisikan takbir menggegar kalbu
bila bacaan quran
dan juga solat terawih dilaksana
bulan yang sungguh istimewa
hanya sekali dalam sepurnama

Tuesday, August 4, 2009

tika ini
ku tercari-cari
seorang sahabat yang dipercayai
membawa dengannya segala memori
terisi dengan kenangan onak dan duri

segala memori terisi dengan kenangan
segala suka dan duka berada di dalam genggaman
ada perkara perlu dihuraikan
sebelum ianya melarat

perasaan halus menggoda naluri insan
pabila dua lelaki sahabat setia mengejar seorang wanita idaman
diletakkan harapan
agar tercapai impian
tidak disedari hati dipermain2kan dan dijadikan taruhan

akal menurut hati
pandangan basar menjadi kabur
tersasar jauh dari sifat nurani
hati basirah yang terang menjadi malap
bergelumang dengan bayangan yang sungguh kelam

segala ikatan persahabatan diputuskan
segala memori dipadamkan dari ingatan
sahabat dunia akhirat hanyalah sekadar ucapan dari lisan
apakah ini merupakan sebuah khayalan?
dibuai fantasi dan angan-angan
itukah yang dimaksudkan "dibius cinta?"
ibarat racun yang berbisa tatkala menjalar di segenap jiwa.
mengapakah teruk sekali hingga sedemikian rupa?
hingga sahabat yang lama menjadi musuh yang nyata
disuluh cahaya kebenaran disangka bencana kekacauan
diberikan bantuan ilmu pengetahuan disangka sekatan
terkeliru dengan perasaan
akal terus mati tak bernyawa lagi
racun cinta menjalar segenap jiwa
mematikan seluruh anggota
ibarat jasad yang bernyawa yang tiada arah
jasadnya ada tapi bukan insan
yang tinggal jiwa kehaiwanan

Sunday, January 6, 2008

duka semalam

hancur lebur segala impian
meninggalkan segala usaha kegagalan
bunga mawar pemberian mu
dibasahi air mata penuh kesayuan
hati yang telah retak seribu
meninggalkan sisa-sisanya hanya untukmu
keindahan memori bersama pudar
meninggalkan segala bayangan kegelapan
jari-jemari tulus digenggam erat
menggamitseluruh perasaan ku
melahirkan rasa kesyahduan dihati
jertan sepi batinku bergema
hanya dikerongkongku
mulut terkunci rapat
bergenangan air mata laksana
air terjun yang membasahi bumi
menunggu masa untuk jatuh dari pipi ku
degupan jantung berterusan tanpa henti
darah pekat merah mengalir deras ditubuh ini
laksana halilintar membelah bumi..
hidup bagaikan putaran roda
adakalanya diatas
dan adakalanya dibawah
kesusahan yang datang menimpa
akan terasa manis bila diharungi
dengan kesabaran
kesenangan yang datang itu
perlu dibalas dengan kesyukuran
kepadanyalah harapan ku bertaut
tiada yang mampu memenuhi keperluan ku
melainkan Nya..
perjuangan hidup perlu diteruskan
walaupun nyawa ku menjadi taruhan
masih berbekas lagi keimanan didada
keinsafan terdetik bermula satu keyakinan
yakin kepada diri sendiri
mengharungi segala cobaan
bantuan allah pasti datang mencurah
berpihak kepada kebenaran pasti akan menang
itulah pintaan ku yang ku lahirkan
dari lubuk hati ini
yang kemerah-merahan..
semalam telah berlalu
yang tiggal hanya kenangan
esok bakal menjelma
menjadi harapan
bagi semua insan
di manakah letaknya cinta
mungkin sahaja ia mekar
pada suatu senja di alam ini
hanya tuhan sahajalah yang tahu..

Friday, December 28, 2007

kesunyian
sesuatu pada sekeping hati yang kesepian

kesunyian
sesuatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan

kesunyian
sesuatu penyeksaan pada penantian kasih abadi
keharmonian
sesuatu yang pasti terasa pada jiwa yang tenang

keharmonian
sesuatu bagi hati yang suka akan kedamaian

keharmonian
sesuatu yang sukar untuk dikecapi